10 belia terima Dana Belia 1Malaysia bernilai RM810,000
oleh Nas Norziela Nasbah
2011/05/31
PETALING JAYA: Seramai 10 belia hari ini menerima RM810,000 daripada Dana Belia 1Malaysia untuk menjalankan projek yang bertujuan merealisasikan aspirasi 1Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dana berkenaan diberikan selepas calon menghantar permohonan mereka di laman sesawang Dana Belia 1Malaysia dan ditemuduga sebelum ditentukan oleh panel pemilihan.Permohonan semua calon terbabit disenarai pendek oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum diserahkan kepada Najib selaku Pengerusi 1MDB.
Dana yang dilancarkan 21 Januari lalu memberi peluang kepada golongan belia berusia 15 hingga 40 tahun memohon dana terbabit sebagai landasan mereka melahirkan harapan, idea dan kreativiti menerusi projek diilhamkan.
Penerima hari ini terdiri Foo Loke Min, 39, Fazilah Saugi, 37 ; Leow Ze Tong, 23 ; Zahid Suffian Norizan, 24; Muhamad Amzari Md Husaini, 29 ; Ahmad Humaizi Udin, 27, dan Mohd Faridzul Asyraf Mat Arfin, 23.
Tiga lagi penerima terbabit dipilih 1MDB dengan usaha sama badan bukan kerajaan (NGO) myHarapan, Hasnizam Md Zaki, 28, Azizul Abdul Latif, 34 ; Jazz Tan, 21 dan John-Son Oei, 24.
No comments:
Post a Comment