Ekspresi baju-
Oleh SHAMRAN SARAHAN shamss@hmetro.com.mySEGAR dan kreatif. Itu gambaran dapat diberi terhadap kreativiti lima anak muda, Azizul Abd Latif, 32, Izham Fazley, 26, Mohd Adam Jamaluddin, 23, Hasnizam Mohd Zaki, 26, dan Jon Ooi Wei Hun, 32, menghasilkan koleksi baju-T jenama Pop Malaya (PM) menerusi rekaan dan hasil seni ciptaan sendiri. Sesuai dengan kegilaan golongan muda terhadap muzik indie ketika ini, koleksi baju PM yang bermula sejak 2006 dihasilkan dengan memaparkan kreativiti dan kemahiran dalam seni rekaan yang menampilkan elemen tempatan, termasuk jenama baju yang ditulis dalam tulisan jawi. Yang menarik, sebahagian koleksi PM turut mengetengahkan wajah tokoh kemerdekaan dan perfileman, seperti bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan tokoh seniman negara, Tan Sri P Ramlee sebagai elemen rekaan pada baju-T yang dihasilkan. Azizul selaku pengasas PM berkata, baju-T rekaan mereka bukan saja cuba mengetengahkan imej dan minat anak muda terhadap muzik, malah turut menerapkan imej dan elemen tempatan yang ringkas dan menarik.
“Ia bukan sekadar baju, ia ekspresi kami dan imej generasi kini. Ringkas tetapi segar,” katanya.
Koleksi PM hanya dijual secara talian Internet (online) melalui laman web, www.myspace.com/popmalaya, www.myspace.com/angkatanbajumalaya dan siri jelajah muzik Indie bersama sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Angkatan Baju Malaya (ABM).
Selain PM, ABM dianggotai jenama baju dan aksesori label bebas, antaranya Bima, PopRina, The Super Sunday, Suicidal Clothing/Ironic Clothing, Pattern Clothing, I Heart KL, Defy, ('letrik), Our Happiness, Dir-tee Clothing, Wearenvy, Street Signal, Junnu, Corepeps, ISU, BlackSheep Clothing dan Cherpen.
No comments:
Post a Comment