Young Guns yang selamat diadakan pada 22hb November 2008 bersempena Global Entrepreneurship Week 2008 telah mendapat banyak perhatian terutamanya dari YB Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Berikut adalah petikan daripada blog beliau.....
Kuala Lumpur, 21 Jan - Dato Saifuddin Abdullah menyatakan komitmen beliau dan kementeriannya untuk terus memberi dukungan penuh kepada usahawan-usahawan muda yang kreatif agar idea dan peranan mereka diraikan dan diiktiraf.Menyedari hakikat perlunya "new approaches" untuk menarik minat golongan muda berniaga, beliau berkata program-program yang lebih "youth-oriented" perlu diperbanyakkan.Beliau juga memetik ungkapan Robert Reich dalam bukunya "Supercapitalism" yang menyelar sikap tamak dan penting diri oleh segelintir individu lataran fenomena kapitalisme yang menjadi orde dunia sejak sekian lama. Dato Saifuddin juga mengusulkan agar social-entrepreneurship menjadi alternatif terbaik untuk keluar dari sikap tamak manusia. Justeru peranan yang perlu dimainkan oleh MECD, terutamanya dalam kini adalah lebih besar dan mencabar.Pendekatan formal dan terlalu rigid hanya tidak akan menarik minat golongan muda menjadi usahawan. "Sebagai contoh, saya pernah hadir dalam satu progmra ringkas tapi menarik segolongan anak muda yang menggelarkan diri mereke Young Guns. Mereka ini tidak mengharapkan pinjaman dari kerajaan, tetapi mahu kewujudan mereka diraikan. "Kata beliua, beliau merasmikan pelancaran program Global Entrepreneurship Week 2009 anjuran Warisan Global Sdn Bhd dengan kerjasama Kaufman Foundation. Turut hadir adalah Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia Boyd McLead dan Mr. Dakshinamoorthy, CEO Warisan Global. GEW Malaysia adalah yang kedua paling aktif di dunia dalam menganjurkan activiti keusahawanan di peringkat domestik.
No comments:
Post a Comment